Tips kecantikkan sambil beribadah

Assalam semua....semoga hari ni adalah hari yang ceria dan indah...

Hari ni nak kongsi tips kecantikan dalam beribadah yang saya ambil dari blog rakan sf beauty. Selain kita menitikberatkan kecantikkan luaran, kecantikkan dalaman dan rohani kita juga perlu diberi perhatian. Harapnya tips ini memberi manafaat kepada kita semua.

Antara 6 tips cantik menurut Islam adalah :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik:
Cuci muka minimum 5 kali sehari iaitu dengan mengambil air wudhu. Seeloknya dibiarkan air itu kering sendiri. tapi kalau tak boleh pun tak apa. yang penting kita kekal dalam wudhuk selalu.

2. Untuk menghilangkan stress:
Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah. Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Tak pergi gym pun tak apa. dimana sahaja boleh dilakukan aktiviti fizikal. Mengemas rumah, banyak berjalan juga adalah coontoh aktiviti fizikal yang boleh dan mudah dilakukan. Nak best lagi.... boleh perbanyakan solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, witir dan lain2 lagi. Pergerakkan dalam solat memang diakui sangat baik untuk kesihatan.

3. Untuk pelembab, agar awet muda:
Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Dengan senyuman mood anda juga akan lebih ceria dan hari-hari yang anda lalui akan terasa lebih lancar dan indah. pahala sedekah pun dapat....kan.

4. Untuk mendapatkan bibir cantik:
Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah iaitu zikir, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing:
Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali iaitu hari Isnin dan Khamis. Jika mampu, puasalah seperti puasa Nabi Daud AS. Makanlah makanan yang halal lagi baik, banyak sayuran, buah-buahan dan minum banyak air putih.

Maksud hadis:
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].

6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri:
Sebarkan salam dan sapaan, Dengan salam dan senyuman maka kita telah mendoakan kesejahteraan saudara sesama kita dan secara tak langsung kita juga didoakan dengan salam yang dijawab. Dapat mendidik hati dari sifat2 tak elok dan akan ramai yang selesa dengan kita.


Harapnya tips ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Yang mana baik boleh diambil untuk diamalkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan