Temulawak merupakan tumbuhan herba yang kaya akan khasiat dan manfaat untuk tubuh kita. Ianya telah diuji secara klinikal dan mengandungi bahan-bahan seperti Kurkumin, minyak atsiri, Xanthorrizol, Germakron dan bahan-bahan lain lagi. Temulawak ini boleh dibuat ulam dan dimakan secara mentah dengan menu lauk yang lain. Selain itu boleh diproses untuk jamu dan boleh digunakan untuk kecantikkan kulit dan wajah. Bentuk temulawak ini adalah mirip bentuk kunyit... tetapi yang membezakan keduanya adalah warna dan aromamya. Warna temulawak cenderung kuning cerah dan kunyit berwarna orange. 

sebenarnya banyak khasiat temulawak untuk kesihatan tubuh badan namun disini saya hanya kongsikan manafaat untuk kesihatan kulit wajah sahaja. berikut adalah antara manafaat yang boleh diperolehi dari khasiat temulawak..

1. Menghaluskan Kulit
Khasiat pertama temulawak adalah untuk menghaluskan kulit. Bahan alami yang terkandung dalam Temulawak berfungsi untuk mengikis sel kulit mati yang menyebabkan kulit terlihat kusam dan tidak terawat.

2. Mengatasi Jerawat
Selain menghaluskan kulit, temulawak juga memiliki khasiat untuk menghilangkan jerawat pada wajah. 

3. Melambatkan kedutan pada wajah
Antioksidan yang terdapat dalam temulawak dapat membantu melambatkan kesan kedutan pada wajah. Masalah kedutan ini selalunya terjadi bermula diusia 30an keatas. Untuk mendapatkan kesan keseluruhan pada wajah dan tubuh, boleh dibuat jamu dan diminum secara rutin.

4. Pencerah kulit secara semulajadi.
Cara temulawak menjalankan peranannya pada kulit dan tubuh kita lebih kurang seperti cara kunyit. untuk penyediaan secara tradisional, temulawak ini dilumatkan dan dicampur dalam krim masker.

5. Memperbaiki tekstur kulit.
Setelah membuang sel-sel kulit yang mati, temulawak berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan dan kesihatan kulit.

kandungan minyak atsiri dalam temulawak adalah bahan yang bertindak sebagai anti penuaan dan memperbaiki struktur kulit wajah.

Kandungan Temulawak dan Kunyit telah digabungkan dan dijadikan bahan utama dalam krim siang SF Beauty skincare.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan