Tips kecantikkan sambil beribadah

Assalam semua....semoga hari ni adalah hari yang ceria dan indah...

Hari ni nak kongsi tips kecantikan dalam beribadah yang saya ambil dari blog rakan sf beauty. Selain kita menitikberatkan kecantikkan luaran, kecantikkan dalaman dan rohani kita juga perlu diberi perhatian. Harapnya tips ini memberi manafaat kepada kita semua.

Antara 6 tips cantik menurut Islam adalah :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik:
Cuci muka minimum 5 kali sehari iaitu dengan mengambil air wudhu. Seeloknya dibiarkan air itu kering sendiri. tapi kalau tak boleh pun tak apa. yang penting kita kekal dalam wudhuk selalu.

2. Untuk menghilangkan stress:
Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah. Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Tak pergi gym pun tak apa. dimana sahaja boleh dilakukan aktiviti fizikal. Mengemas rumah, banyak berjalan juga adalah coontoh aktiviti fizikal yang boleh dan mudah dilakukan. Nak best lagi.... boleh perbanyakan solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, witir dan lain2 lagi. Pergerakkan dalam solat memang diakui sangat baik untuk kesihatan.

3. Untuk pelembab, agar awet muda:
Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Dengan senyuman mood anda juga akan lebih ceria dan hari-hari yang anda lalui akan terasa lebih lancar dan indah. pahala sedekah pun dapat....kan.

4. Untuk mendapatkan bibir cantik:
Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah iaitu zikir, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing:
Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali iaitu hari Isnin dan Khamis. Jika mampu, puasalah seperti puasa Nabi Daud AS. Makanlah makanan yang halal lagi baik, banyak sayuran, buah-buahan dan minum banyak air putih.

Maksud hadis:
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].

6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri:
Sebarkan salam dan sapaan, Dengan salam dan senyuman maka kita telah mendoakan kesejahteraan saudara sesama kita dan secara tak langsung kita juga didoakan dengan salam yang dijawab. Dapat mendidik hati dari sifat2 tak elok dan akan ramai yang selesa dengan kita.


Harapnya tips ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Yang mana baik boleh diambil untuk diamalkan....

Manafaat madu lebah untuk kecantikkan wajah


Madu memiliki banyak sekali khasiat untuk kecantikan. Sejak zaman dahulu, Selain diminum untuk kesihatan, madu lebah juga digunakan oleh para wanita sebagai perawatan kecantikan. Madu memiliki kandungan yang baik untuk kulit wajah, seperti vitamin B, vitamin C, antioksidan, dan banyak lagi. Ada beberapa manfaat atau khasiat madu untuk kecantikan:

Madu Dapat Melindungi Kulit Luar
Dengan memakai madu, atau sapukan sedikit madu ke kulit wajah, maka wajah akan terhindar dari bintik-bintik merah pada wajah bekas jerawat ataupun luka. Ini kerana madu memiliki kandungan antioksidan, anti kulat dan anti mikrob yang dapat melindungi ataupun sebagai cara menghilangkan bekas luka dan cara menghilangkan bekas jerawat pada wajah.

Manfaat Madu Untuk Kecantikan Wajah

Madu Dapat Melembabkan Kulit
Madu lebah juga sering digunakan oleh para wanita zaman dahulu untuk membantu melembabkan kulit yang kering dengan menyapu pada kulit wajah dan leher. Ada juga dicampurkan bersama limau atau putih telur untuk menjadikan kulit lebih lembut dan cantik.

Melambatkan proses penuaan 
Kandungan dalam madu lebah juga sangat membantu dalam melambatkan proses penuaan dan dapat digunakan sebagai salah satu cara menganjalkan kulit wajah.

Madu Dapat Memelihara Kesihatan Kulit Wajah
Sebenarnya dalam menggunakan madu dapat di aplikasikan dalam dua cara sekaligus. Pertama, iaitu dengan cara meminum ataupun disapukan pada kulit wajah. Kandungan pada madu seperti magnesium, kalsium dan potassium dapat membantu dalam regenerasi kulit yang dapat menghasilkan kulit yang sihat dan indah.

Madu Dapat Membersihkan dan Mencerahkan Kulit
Caranya sangat mudah untuk menggunakan madu sebagai pembersih sekaligus juga sebagai salah satu cara untuk mencerahkan kulit kusam. Hanya mencampurkan madu dengan air, hal ini dapat dijadikan sebagai antiseptik yang berguna untuk membersihkan wajahmu tanpa membuat kulit menjadi kering dan tetap menjaga kelembapan kulit wajah.

Madu Dapat Digunakan Sebagai Ubat Anti Jerawat
Madu sudah sangat popular dikalangan wanita untuk digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat. Caranya pun sangat mudah, hanya sapukan sedikit madu pada kawasan wajah yang terdapat jerawat dan biarkan dalam 10 hingga 15 minit, jerawat pun akan cepat menghilang. Hal ini disebabkan karena kandungan madu yang bermanfaat dalam membunuh kuman penyebab jerawat dan membersihkan kotoran pada kulit wajah.

Sebenarnya banyak manafaat madu lebah untuk kesihatan dan kecantikkan. Tapi saya hanya kongsikan manafaat untuk kecantikkan kulit wajah. Ini kerana, khasiat madu lebah ini adalah kandungan yang terdapat dalam sabun SF Beauty selain ekstark buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan vitamin E.

sekiranya anda masih tercari-cari skincare yang dapat atasi masalah kulit wajah anda...jom dapatkan SF Beauty Skincare ini...











Temulawak merupakan tumbuhan herba yang kaya akan khasiat dan manfaat untuk tubuh kita. Ianya telah diuji secara klinikal dan mengandungi bahan-bahan seperti Kurkumin, minyak atsiri, Xanthorrizol, Germakron dan bahan-bahan lain lagi. Temulawak ini boleh dibuat ulam dan dimakan secara mentah dengan menu lauk yang lain. Selain itu boleh diproses untuk jamu dan boleh digunakan untuk kecantikkan kulit dan wajah. Bentuk temulawak ini adalah mirip bentuk kunyit... tetapi yang membezakan keduanya adalah warna dan aromamya. Warna temulawak cenderung kuning cerah dan kunyit berwarna orange. 

sebenarnya banyak khasiat temulawak untuk kesihatan tubuh badan namun disini saya hanya kongsikan manafaat untuk kesihatan kulit wajah sahaja. berikut adalah antara manafaat yang boleh diperolehi dari khasiat temulawak..

1. Menghaluskan Kulit
Khasiat pertama temulawak adalah untuk menghaluskan kulit. Bahan alami yang terkandung dalam Temulawak berfungsi untuk mengikis sel kulit mati yang menyebabkan kulit terlihat kusam dan tidak terawat.

2. Mengatasi Jerawat
Selain menghaluskan kulit, temulawak juga memiliki khasiat untuk menghilangkan jerawat pada wajah. 

3. Melambatkan kedutan pada wajah
Antioksidan yang terdapat dalam temulawak dapat membantu melambatkan kesan kedutan pada wajah. Masalah kedutan ini selalunya terjadi bermula diusia 30an keatas. Untuk mendapatkan kesan keseluruhan pada wajah dan tubuh, boleh dibuat jamu dan diminum secara rutin.

4. Pencerah kulit secara semulajadi.
Cara temulawak menjalankan peranannya pada kulit dan tubuh kita lebih kurang seperti cara kunyit. untuk penyediaan secara tradisional, temulawak ini dilumatkan dan dicampur dalam krim masker.

5. Memperbaiki tekstur kulit.
Setelah membuang sel-sel kulit yang mati, temulawak berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan dan kesihatan kulit.

kandungan minyak atsiri dalam temulawak adalah bahan yang bertindak sebagai anti penuaan dan memperbaiki struktur kulit wajah.

Kandungan Temulawak dan Kunyit telah digabungkan dan dijadikan bahan utama dalam krim siang SF Beauty skincare.

Khasiat kunyit untuk kecantikkan wajah




nak share sikit info pasal manafaat khasiat kunyit untuk kecantikan
Kunyit merupakan rempah tropis yang banyak digunakan pada masakan dan pengubatan herba di Asia sejak ratusan tahun lalu. Menurut Wikipedia kunyit mengandung senyawa berkhasiat ubat yang disebut kurkuminoid, terdiri dari kurkumin dan desmetoksikumin. Kunyit juga cukup tinggi kandungan vitamin C. Karena itulah tumbuhan ini sering sekali dimanfaatkan untuk mengubati berbagai penyakit dengan cara tradisional seperti campak, alergi, bisul dan banyak lagi.
Selain itu kunyit mengandung bahan antiseptik untuk mencegah peradangan pada jerawat dan luka. Dapat mengobati ruam-ruam dan gatal, memulihkan kerosakan pada kulit yang terbakar karena paparan sinar matahari, dan mencerahkan warna kulit. Oleh sebab itu kunyit juga antara bahan yang digunakan untuk merawat kecantikan.
Ini antara khasiat kunyit untuk kecantikan kulit wajah.
1. Merawat jerawat
2. Mengatasi kulit berminyak dengan mengawal pengeluaran minyak dari pori-pori.
3. Mengurangkan kedutan dan mencegah penuaan
4. Mengatasi pigmentasi dan pelindung dari sinar UV matahari
5. Menghaluskan kulit
6. Mengangkat sel kulit mati.
Itulah antara manfaat kecantikan yang boleh didapati dari kunyit. Untuk makluman anda, kunyit juga merupakan bahan utama dalam krim siang SF Beauty. Selain kunyit herba lain yang dicampurkan adalah Temulawak…
.